Jongkang Jongkit Study & Dakwah

March 12th, 2008 by aminsultan

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan
mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang
ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian .
Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya
dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya
alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu
sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan
sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan
sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

" Mendambakan Cintaku Keranamu Allah"

karya asal K-Perak buat renungan dan muhasabah diri yang sentiasa leka ini agar ditetapkan, diteguhkan di atas jalan dakwah..

KONFRONTASI POLITIK, PELAJARAN DAN TANGGUNGJAWAB.

March 12th, 2008 by aminsultan

3178834184 Mahasiswa adalah komuniti insan yang menghampiri kematangan dalam menghadapi realiti alam ini walaupun kadang-kadang ia cuba berlagak matang. Kita perlu menghargai kesungguhan mereka menghadapi masalah dengan berlagak matang..Sebagai anak muda, sifat radikal dan memberontak diselang-seli dengan sifat keanak-anakan. Ini lumrah para mahasiswa. Mahasiswa merupakan sebahagian daripada masyarakat bernegara. Setiap fenomena yang berlaku di negara ini akan turut dirasai oleh mahasiswa.

Adalah menjadi hak mahasiswa untuk menuruti setiap perkara melalui wadah yang disukai oleh mereka sama ada demonstrasi, debat ataupun menulis. Ini adalah perjuangan mahasiswa di sebalik sifat separa matang mereka. Dan risiko perjuangan perlu disahut juga diteruskan oleh mahasiswa tanpa manja kerana dalam berjuang bukan hamparan permaidani merah yang menunggu, bukan tilam lembut indah mengiring tetapi onak, duri, mehnah dan tribulasi yang sedia menanti untuk mengiringi hingga ke akhir hari.

Jika di zaman awal gerakan keterlibatan mahasiswa dalam demonstrasi Tasek Utara dan Baling menunjukkan kepekaan terhadap isu-isu rakyat. Bahkan mereka antara tenaga yang menjayakan demonstrasi itu. Kini, keadaan negara ini semakin mencabar sama ada dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. kita perlu bangkit menyahut cabaran-cabaran yang mendatang ini dengan diri yang sentiasa bersedia dari segi ‘jasadiah’ mahupun ‘ruhiah’.

Gerakan Mahasiswa yang selama ini dikenali jurubicara rakyat haruslah diperkasakan dan janganlah terus terperuk berpeluk tubuh, tunduk ayu mahupun layu takut pada bayang-bayang sendiri. Demam kehangatan pilihanraya persekutuan sudah dirasai, gendang pilihanraya kuat dipalu, manifesto dan kempen semakin panas dengan kreativiti dan pembawaan masing-masing dalam memikat hati pengundi.

Namun persoalannya sejauh manakah mahasiswa yang layak untuk mengundi menggunakan peluang yang terhidang itu untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang sesuai untuk mengemudi Negara tercinta kita, atau adakah kita ini termasuk dalam golongan orang yang hanya hebat dalam berbicara, manis dalam berhujah, berdentum semangat berapi kata-kata tetapi daftar pemilih pun belum?

Sebagai mahasiswa yang sudah meniti alam perjuangan di kampus sepatutnya mahasiswa sudah cukup dewasa untuk menilai siapakah dan pembawaan yang bagaimana yang terbaik untuk diri, bangsa dan agama. Terpulang kepada pemilik hati-hati kecil ini untuk memilih pemimpin yang akan memandu Negara kearah pembentukan peribadi muslim untuk individunya, keluarga muslim disetiap rumah, masyarakat muslim disetiap kawasan sehinggalah terbuktinya keindahan dan keadilan sebuah daulah islamiyah, tetapi pesoalannya bagaimana hendak memetik bintang yang indah pada pandangan mata jika 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah terdiri daripada golongan belia?

Keterikatan mahasiswa dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Auku) yang melarang mahasiswa daripada memberikan sokongan, komitmen atau menyokong mana-mana parti politik sepertimana tertera dalam Seksyen 15 (1), (2), (3) dan (4), harus difahami dengan jelas bahawa terlibat dengan politik itu yang dilarang dan bukannya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. kita harus jelas bahawa mengundi merupakan tanggungjawab setiap yang bergelar warganegara apatah lagi sebagai Muslim yang mendukung pengislahan.

Jangan juga asyik bermimpi indah pangkahan undi, lipatan kertas di kotak lutsinar, dititik dakwat hitam tanda pengenalan, gemuruh jiwa bagi yang keluar mengundi kali pertama kerana Peperiksaan Akhir semester di IPT juga turut memalu gendang, meniup angin badai selembut sutera kasih. Maka, bersamalah persiapkan diri awal, kita tunjukkan pendukung Islam mampu berjaya dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Pastinya kudrat diperah lebih kerana kita ingin menyerlah jauh dari yang biasa, kerana kita dalam berjuang. Ingat undi kita tetap rahsia, pelajaran kita jangan dipersia.

tinta amern_mds on 07 Feb 08

(juga tersiar di ruangan pembaca Berita Harian 19 Feb 08)

Bercouple bukan budaya orang yang Beriman

February 22nd, 2008 by aminsultan

3023279775 BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.

Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya.
Sebagaimana firman-NYA;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa  yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda;
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.
(Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara
dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau;
Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk
bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana

Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya;

Jika ada seseorang lelaki yang bercorrespond dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai,apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana correspond/berhubungan semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan,pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?

Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang
berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.

Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda;
Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

-Mendamba Kasih yang Sejati..Mardhatillah-

Etika Pemakaian dan Persembahan Artis Perlu diwujudkan

February 22nd, 2008 by aminsultan

Untitled_1Industri hiburan tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan suatu insiden yang telah membuka mata ramai pihak dan juga respon yang tidak putus-putus daripada media massa dan juga orang ramai ekoran insiden Faizal Tahir, ekoran perbuatannya menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur dengan cat merah berbentuk `S’ ketika siaran langsung `Rockin Birthday Concert’ yang disiarkan di 8TV pada 13 Januari lalu telah mendapat perhatian serius oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tindakan diluar dugaan naib johan program One In A Million (OIAM), yang juga pernah mengacarakan Gangstarz dan bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana itu menyebabkan 8TV mengambil keputusan menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas yang pernah dilakukan bersama artis itu.Malah SKMM juga telah mengeluarkan

kenyataan rasmi yang melarang 8TV membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari lalu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM itu turut menyebut sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain yang mahu menampilkan Faizal adalah tidak dibenarkan dalam tempoh yang ditetapkan. Malah Faizal juga dikehendaki melakukan kerja-kerja amal selama beberapa bulan.

Cukup pantas tindakan Faizal Tahir itu mendapat hukuman akibat daripada tindakannya itu yang turut menjadi isu dan topik perbualan dimana-mana sahaja. Pihak Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil serius perkara-perkara sebegini daripada terus berulang dengan memperkenalkan satu garis panduan etika pemakaian dan etika persembahan kepada artis-artis di negara kita.

Jika isu dihangatkan baru hendak dibincangkan oleh masyarakat tetapi selama ini kita terlepas pandang mungkin bagaimana pula dengan gaya pemakaian sebahagian daripada artis-artis wanita negara kita yang gah hampir mengalahkan artis-artis barat sama ada ketika persembahan mahupun di dunia luar.

Dengan kejadian terbaru ini, tidak salah jika kita jadikan ia sebagai satu titik permulaan kepada Kementerian serta pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil berat berkenaan dengan perkara ini.

Tambahan pula, jika kita bersandarkan kepada situasi di negara kita sekarang, majoriti remaja-remaja dan belia menjadikan artis-artis sebagai idola dan sumber inspirasi mereka. Dan jika tidak ada satu mekanisme penyeragaman etika pemakaian yang bersopan-santun maka para remaja dan belia harapan negara akan turut mengikuti contoh-contoh yang tidak baik ini dalam kehidupan mereka.

Kita tidak mahu remaja dan belia bakal pewaris kepimpinan negara yang kita impikan mereka yang bersahsiah tinggi dan berketerampilan sebagai pemimpin kelak terikut-ikut dan boleh menjejaskan kredibiliti bakal pemimpin negara.

Kita boleh mengambil contoh ramai artis dan personaliti tempatan yang sememangnya boleh dijadikan contoh dari segi etika pemakaian mereka seperti Juara AF Mawi, Wardina, Waheeda, Bienda dan ramai lagi yang jelas dikagumi dan menjadikan mereka lebih laris dalam dunia seni hiburan.

Kita perlu berfikiran terbuka dalam konteks-konteks sebegini kerana kini kita tidak dapat menafikan lagi bahawa gejala-gejala sosial yang semakin kritikal di negara kita ini kebanyakannya bermula daripada gaya pemakaian tidak bersopan-santun yang terdedah di sana-sini.

Ekoran daripada itu setiap daripada kita perlu rasa bertanggungjawab untuk memastikan kita dapat mengawal diri di samping menjaga nama baik negara kita dengan kehadiran pelancong-pelancong dan pelabur dari luar negara yang sememangnya mempunyai tanggapan yang cukup baik dan positif berkenaan negara kita.

Selain daripada saranan kepada pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan juga sepatutnya turun padang  untuk bersama-sama dengan masyarakat berkempen contohnya ‘Kempen Menutup Aurat dan Berpakaian Sopan’, ‘Kempen Mahasiswa bijak, menjaga Aurat’ dan lain-lain selari dengan pembawaan kita selaku masyarakat timur yang mengenal erti malu, sopan-santun dan lemah lembut.

Tidak dilupakan juga komuniti para mahasiswa yang sememangnya kaya dengan cadangan dan pendekatan yang seiring dengan kemajuan teknologi di seluruh negara untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan untuk memikul bersama rasa tanggungjawab menjaga adab-adab ketimuran kita dan persekitaran yang harmonis di negara kita ini demi kesejahteraan bersama.

El-amern MDS

Mencari Cinta Seorang Wanita..

February 21st, 2008 by aminsultan

Nut_1

Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke

Malaysia

. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke

Malaysia

dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

(kisah benar seorang sahabat alam maya, moga dapat direnungi tahapan cinta yang ditentang seorang ibu jika dibanding cinta-cinta monyet dan nafsu disekeliling kita??)

Wanita itu pohon semalu

February 6th, 2008 by aminsultan

SajajaPada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Syor Cuepacs lanjut umur bersara perlukan kajian mendalam.

February 6th, 2008 by aminsultan

478154903Dalam era pembangunan Negara yang mana pemecutan industriliasasi secara tidak langsung telah menggalakkan berlakunya proses urbanisasi dalam negara kita. Ditambah pula dengan kadar kelahiran yang meningkat dan populasi penduduk di negara Malaysia yang terus meningkat telah melahirkan pelbagai stigma masyarakat serta kesan positif dan tidak kurangnya kesan negatif yang akan turut bersama.

Dalam keadaan pembangunan yang pesat negara telah menampakkan dari tahun ke tahun bertambahnya mereka-mereka bergelar pelajar yang bergraduasi dan mula menjinakkan diri dalam bidang pekerjaan.  tetapi tidak semudah suatu masa dulu yang mana peluang pekerjaan telah sedia menanti.  Tetapi dengan bilangan Universiti kerajaan, swasta, kolej-kolej universiti, institut-institut pengajian dan banyak lagi yang lainlain telah melambakkan graduan-graduan muda di negara kita tetapi dengan ruang kerja yang agak terhad dalam sektor kerajaan mahupun swasta ditambah pula dengan saingan daripada graduan-graduan dari luar negara.

Sehubungan dengan itu, Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan kakitangan awam perlu diberi perhatian agar ianya tidak dilaksanakan dengan kadar yang segara dan memerlukan kepada kajian yang cukup mendalam kerana lanjutan usia persaraan daripada 56 ke 60 tahun akan merentap semangat dan potensi graduan-graduan muda yang menanti-nanti untuk menyumbang kepada negara dengan ilmu, kesungguhan dan kepantasan ‘orang muda’ yang dimiliki.

Memang benar pengalaman yang diperoleh anggota kerajaan sedia ada selama berkhidmat dalam sektor awam dapat membantu menyumbang ke arah mencapai matlamat sesuatu organisasi itu tetapi harus difikirkan bahawa sampai bila ‘orang-orang muda’ ini perlu menunggu sedangkan mereka ini masih lagi panas dengan teori-teori yang dipelajari yang hanya menanti masa untuk diaplikasikan dan mungkin dengan pelbagai pendekatan baru yang lebih kreatif dan inovatif dalam mengendalikan sesuatu perkara sesuai dengan peredaran masa dan zaman yang menuntut lebih cabaran dan kesungguhan .

Pelantikan anggota perkhidmatan awam masa ini yang lebih kepada mereka yang bersemangat muda dan baru keluar universiti perlu diteruskan dan perlu diberikan pendedahan lebih awal untuk membiasakan mereka dengan persekitaran dan ruang lingkup kerja yang baru.

Walaupun ada pihak yang berkata majoriti anggota yang memasuki perkhidmatan awam adalah dalam umur 23 hingga 25 tahun yang masih ‘hijau’ pengalaman tetapi jika tidak diberikan ruang dan peluang pada peringkat awal ini sampai bila ‘hijau pengalaman’ itu hendak berubah menjadi warna-warna yang lain. Sudah tentu anggota kerajaan yang sudah lama berkhidmat ini pada peringkat permulaan mereka bekerja turut berada dalam keadaan yang sama tetapi dengan ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka yang mengjadikan mereka berpengalaman seperti sekarang.

Sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih drastik untuk memberikan pendekatan kepada graduan-graduan muda ini pendedahan ketika mereka masih lagi belajar dengan penempatan disektor kerajaan ketika mereka melakukan ‘latihan praktikal atau ‘Intership program’ yang dilaksanakan oleh IPT di Negara kita untuk memberikan pengalaman bekerja.  jika sudah mengikuti latihan praktikal atau latihan industri ini sudah tentu graduan-graduan muda ini mempuyai pengalaman dalam bidang yang diceburi dan tidak perlu lagi mengambil masa yang agak lama untuk tempoh penyesuaian.

Malah kita juga tidak boleh sewenang-wenangnya menjadikan negara-negara lain sebagai titik rujukan kita dalam menganalisis relevan atau tidak tempoh perkhidmatan kakitangan awam untuk dinaikkan ke 60 tahun atau lebih. Contohnya Singapura walaupun mempunyai faktor demografi hampir sama dengan Malaysia meletakkan umur persaraan pada 62 tahun tetapi harus diingat bahawa di negara mereka,  lebih ramai populasi masyarakat yang berumur dengan populasi remaja dan belia yang agak kurang jika hendak dibandingkan dengan situasi di Malaysia

Oleh sebab yang demikian maka  Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan kakitangan awam adalah satu cadangan yang kurang menarik dalam keadaan sekarang dan perlu dilakukan kajian yang mendalam dengan mengambil kira suara dan pandangan semua pihak agar lambakan graduan-graduan berpotensi bersemangat waja ini tidak dibazirkan untuk kompetitif negara ke arah mencapai Wawasan 2020 yang memerlukan semangat ‘orang muda’ yang matang dari segi pemikiran dan tindakan untuk kejayaan bersama.

EL-AMerN MDS.

Anjing Musafir : Mutiara Kisah

November 13th, 2007 by aminsultan

2821016357 Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

Di ceritakan bahawa pada suatu hari Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

     Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.

“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus…bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

     Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

Antara Cinta Silang Jantina

June 18th, 2007 by aminsultan

Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara. Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab?

Berbicara di sini difokuskan kepada adab berbicara antara ikhwah dan akhawat. Allah SWT menegaskan adab berbicara khususnya bagi golongan muslimat apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa.

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)…" (Al-Ahzab : 32)

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul `Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita-wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram.

Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram. Manakala Al-Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang tidak sengaja dilembut-lembutkan.

Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik. Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan sebagai ‘biah solehah’ , namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.

Kenapa ini harus berlaku apabila kita suburkan cita-cita murni untuk melahirkan  generasi pejuang ?

Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani ‘memperkosa’ suasana murni yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya. Di hati ini, hanya tuhan yang tahu pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak yang mampu diukur oleh pembaris 30 cm, diselangi dengan hilai tawa dan suara lemak manja persis suasana di sekolah menengah.

Mana lagi maruah sebagai pejuang Islam ?

Saya ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak berbicara dengan siswi bersama lagak yang kurang menyenangkan itu, tidak malukah anda meruntuhkan kredibiliti anda sebagai bakal pemimpin? Tidak malukah anda memperlihatkan kepada orang lain betapa besarnya keruntuhan moral yang ada di dalam jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda tidak layak untuk digelar sebagai pejuang Islam? Pejuangkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita ?!!

Kepada siswi, tentu sekali kita ingin bertanya, tidak aibkah anda mendedahkan kelunakkan suara yang begitu lemak manja yang pastinya hanya layak untuk seseorang di malam yang pertama?

Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai jubah luaran namun tidak ‘menjubahkan’ hati dan peribadi.

Tahukah anda, ramai lelaki yang runtuh hatinya semata-mata kerana kelunakkan suaramu?

Tidak sedarkah anda, dengan melunakkan suara selembut yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya sudah merosakkan ‘dara’ suaramu..?

Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal manapun seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya..?

Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram? Anda bangga dengan perbuatan itu? Terpulang !!

Kita tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan hanya kerana malu kepada mata-mata yang memandang. Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generasi yang penuh dengan sikap kepura-puraan, tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain, namun di celah-celah yang tersembunyi, kita benarkan diri kita merobohkan pagar IMAN ! Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang ?!

Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas melabelkan diri kita sebagai pendokong kebangkitan Islam, tidak malukah kita?!!

Kita akan mendapat jawapannya seandainya kita ikhlas dalam memberikan jawapan. Sudah ramai di luar

sana

yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian di zaman remaja. Lalu, masihkah ingin kita memilih untuk turut menjadi mereka ? Sepatutnya kita sudah cukup untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja yang sudah lupakan Tuhannya, lalu kita bangkit sebagai generasi qudwah yang akan mengungguli contoh yang terbaik. Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti hari ini, secara ikhlas ingin saya nyatakan, kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu.

Di peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu siswa-siswi perlu ‘dimarahi’ terlebih dahulu untuk melazimkan mereka dengan adab pergaulan. Lebih berkesan seandainya masing-masing menyedari tanggungjawab dan batasan pergaulan khususnya golongan yang sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior). Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang remeh temeh di tengah-tengah cabaran globalisasi menuntut kita berfikiran terbuka, namun bagi saya, ia tetap isu yang besar di dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah.

Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan prinsip dan idealisme. Namun,kalau tidak sekarang kita menegur, bila lagi? Dan kalau tidak kita,siapa lagi ?!!

" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..kita tidak sendirian.."

" Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk, kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang…"

Moga Allah beri kita bantuan untuk bermujahadah, memperelokkan akhlak dan ketaqwaan kita, kerna kita semua barisan mujahid dan mujahidah Islami..

Moga Allah beri sokongan dan kemudahan untuk kita gilap kembali permata yang sekian lama bersalut lumpur.. yang kian lama terbenam di ceruk rumpaian-rumpaian yang telah mati.

[ tertarik dengan coretan seorang sahabat, lantas ku gunapakai, moga dihalalkan]

Perempuan Cantik? JanGan Tarik aku..

June 18th, 2007 by aminsultan

Bila diutarakan soalan "Kenape pompuan Cantik pakai tudung ye..", ada seorang sahabat postkan antara jawapan daripada perspektif perempuan itu sendiri..

Antaranya iaLah:

sebab dier nak tutup aurat…
sebab dier jage maruah…
sebab dier cantik…
sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier…
sebab dier seorang yg pandai…
sebab dier anak solehah…
sebab dier dengar ckp mak bapak dier…
sebab dier hormati orang lain…
sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik
sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt…
sebab tak nak menyusahkan orang lain…
sebab dapat pahala…
sebab dapat menghindari maksiat…
sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain…
sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier…
sebab mendengar suruhan nabi…
sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..

sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki…
sebab patuh pada suami…
sebab dia x nak rambut die ditarik,digantung dgn bara2 api n dibakar dgn dasyatnye kat akhirat kelak..

Maka, dapat diketahui ada pihak yang mengetahui betapa pentingnya menutup aurat ini yang mana jika tidak ditutup dikhalayak ramai atau dihadapan lelaki ajnabi maka terbuka satu pintu zina buat dirinya.

" dan janganlan kamu menghampiri zina.."

Ayat- ayat yang familiar untuk kita, maka nasihatilah ibu, kakak, adik, sahabat serta semua yang bergelar muslim untuk menutup auratnya kerana itu adalah antara ciri perbezaan antara seorang Islam dengan Orang bukan Islam @ kafir..

Aku tidak mahu pada hari pembalasan nanti ada mulut-mulut durjana yang menyalahkan aku dihadapan Allah yang Maha Esa bahwa ketika dia membuka auratnya aku hanya berdiam diri dan kerana aku tidak menegurnya lah dia masih tidak menutup aurat dan seterusnya menarik aku ke dalam neraka bersamanya.. Nauzubillahi min dzalik.. Jadi aku memberi peringatan kepada semua sahabat2 lelaki mahupun perempuan.

" Tutuplah aurat, jagalah kemuliaan badan.. agar tidak dipertontonkan kepada orang-orang yang tidak berhak ke atas apa yag dipertayangkan.. samada sesama jantina, mahupun berlainan jantina, sesama muslim mahupun dengan yang bukan muslim, ..kerana masing-masing mempunyai had dan limitasi yang sudah ditetapkan ALLAH.."

dari luhur hatiku… " kau sebenarnya lebih ayu, lebih manis, lebih cantik jika bertudung (menutup aurat sepenuhnya)..sebagaimana cantiknya perhiasan yang dijaga rapi dan sukar untuk didapatkan yang specially made, jika dibandingkan dengan perhiasan murahan yang senang untuk disentuh dan boleh didapati dimana-mana…"

" Ya Allah, kau tetapkanlah keteguhan hatiku kepada-MU, jauhkan lah aku dari segala larangan dan kemurkaan-Mu…Jadikanlah setiap perkara yang aku lakukan, ianya berpusat kepada-Mu dan selayaknya diangkat menjadi Ibadah kepada-Mu.."