Etika Pemakaian dan Persembahan Artis Perlu diwujudkan
Industri hiburan tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan suatu insiden yang telah membuka mata ramai pihak dan juga respon yang tidak putus-putus daripada media massa dan juga orang ramai ekoran insiden Faizal Tahir, ekoran perbuatannya menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur dengan cat merah berbentuk `S’ ketika siaran langsung `Rockin Birthday Concert’ yang disiarkan di 8TV pada 13 Januari lalu telah mendapat perhatian serius oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tindakan diluar dugaan naib johan program One In A Million (OIAM), yang juga pernah mengacarakan Gangstarz dan bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana itu menyebabkan 8TV mengambil keputusan menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas yang pernah dilakukan bersama artis itu.Malah SKMM juga telah mengeluarkan
kenyataan rasmi yang melarang 8TV membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari lalu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM itu turut menyebut sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain yang mahu menampilkan Faizal adalah tidak dibenarkan dalam tempoh yang ditetapkan. Malah Faizal juga dikehendaki melakukan kerja-kerja amal selama beberapa bulan.
Cukup pantas tindakan Faizal Tahir itu mendapat hukuman akibat daripada tindakannya itu yang turut menjadi isu dan topik perbualan dimana-mana sahaja. Pihak Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil serius perkara-perkara sebegini daripada terus berulang dengan memperkenalkan satu garis panduan etika pemakaian dan etika persembahan kepada artis-artis di negara kita.
Jika isu dihangatkan baru hendak dibincangkan oleh masyarakat tetapi selama ini kita terlepas pandang mungkin bagaimana pula dengan gaya pemakaian sebahagian daripada artis-artis wanita negara kita yang gah hampir mengalahkan artis-artis barat sama ada ketika persembahan mahupun di dunia luar.
Dengan kejadian terbaru ini, tidak salah jika kita jadikan ia sebagai satu titik permulaan kepada Kementerian serta pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil berat berkenaan dengan perkara ini.
Tambahan pula, jika kita bersandarkan kepada situasi di negara kita sekarang, majoriti remaja-remaja dan belia menjadikan artis-artis sebagai idola dan sumber inspirasi mereka. Dan jika tidak ada satu mekanisme penyeragaman etika pemakaian yang bersopan-santun maka para remaja dan belia harapan negara akan turut mengikuti contoh-contoh yang tidak baik ini dalam kehidupan mereka.
Kita tidak mahu remaja dan belia bakal pewaris kepimpinan negara yang kita impikan mereka yang bersahsiah tinggi dan berketerampilan sebagai pemimpin kelak terikut-ikut dan boleh menjejaskan kredibiliti bakal pemimpin negara.
Kita boleh mengambil contoh ramai artis dan personaliti tempatan yang sememangnya boleh dijadikan contoh dari segi etika pemakaian mereka seperti Juara AF Mawi, Wardina, Waheeda, Bienda dan ramai lagi yang jelas dikagumi dan menjadikan mereka lebih laris dalam dunia seni hiburan.
Kita perlu berfikiran terbuka dalam konteks-konteks sebegini kerana kini kita tidak dapat menafikan lagi bahawa gejala-gejala sosial yang semakin kritikal di negara kita ini kebanyakannya bermula daripada gaya pemakaian tidak bersopan-santun yang terdedah di sana-sini.
Ekoran daripada itu setiap daripada kita perlu rasa bertanggungjawab untuk memastikan kita dapat mengawal diri di samping menjaga nama baik negara kita dengan kehadiran pelancong-pelancong dan pelabur dari luar negara yang sememangnya mempunyai tanggapan yang cukup baik dan positif berkenaan negara kita.
Selain daripada saranan kepada pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan juga sepatutnya turun padang untuk bersama-sama dengan masyarakat berkempen contohnya ‘Kempen Menutup Aurat dan Berpakaian Sopan’, ‘Kempen Mahasiswa bijak, menjaga Aurat’ dan lain-lain selari dengan pembawaan kita selaku masyarakat timur yang mengenal erti malu, sopan-santun dan lemah lembut.
Tidak dilupakan juga komuniti para mahasiswa yang sememangnya kaya dengan cadangan dan pendekatan yang seiring dengan kemajuan teknologi di seluruh negara untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan untuk memikul bersama rasa tanggungjawab menjaga adab-adab ketimuran kita dan persekitaran yang harmonis di negara kita ini demi kesejahteraan bersama.
El-amern MDS
January 5th, 2009 at 5:36 pm
Bite my shiny metal ass, assholes, you were joked!
June 16th, 2009 at 7:26 am
Isu Faizal Tahir membuka baju menurut saya tidaklah berdosa. Ini kerana aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut. Sepatutnya tv patut gamkan artis wanita yang mendedahkan badan. Tetapi di Malaysia terbalik sbb lelaki yang buka baju walaupun bukan aurat digamkan manakala wanita yang membuka aurat lagi dihebohkan popularitinya.