Syor Cuepacs lanjut umur bersara perlukan kajian mendalam.
Dalam era pembangunan Negara yang mana pemecutan industriliasasi secara tidak langsung telah menggalakkan berlakunya proses urbanisasi dalam negara kita. Ditambah pula dengan kadar kelahiran yang meningkat dan populasi penduduk di negara Malaysia yang terus meningkat telah melahirkan pelbagai stigma masyarakat serta kesan positif dan tidak kurangnya kesan negatif yang akan turut bersama.
Dalam keadaan pembangunan yang pesat negara telah menampakkan dari tahun ke tahun bertambahnya mereka-mereka bergelar pelajar yang bergraduasi dan mula menjinakkan diri dalam bidang pekerjaan. tetapi tidak semudah suatu masa dulu yang mana peluang pekerjaan telah sedia menanti. Tetapi dengan bilangan Universiti kerajaan, swasta, kolej-kolej universiti, institut-institut pengajian dan banyak lagi yang lainlain telah melambakkan graduan-graduan muda di negara kita tetapi dengan ruang kerja yang agak terhad dalam sektor kerajaan mahupun swasta ditambah pula dengan saingan daripada graduan-graduan dari luar negara.
Sehubungan dengan itu, Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan kakitangan awam perlu diberi perhatian agar ianya tidak dilaksanakan dengan kadar yang segara dan memerlukan kepada kajian yang cukup mendalam kerana lanjutan usia persaraan daripada 56 ke 60 tahun akan merentap semangat dan potensi graduan-graduan muda yang menanti-nanti untuk menyumbang kepada negara dengan ilmu, kesungguhan dan kepantasan ‘orang muda’ yang dimiliki.
Memang benar pengalaman yang diperoleh anggota kerajaan sedia ada selama berkhidmat dalam sektor awam dapat membantu menyumbang ke arah mencapai matlamat sesuatu organisasi itu tetapi harus difikirkan bahawa sampai bila ‘orang-orang muda’ ini perlu menunggu sedangkan mereka ini masih lagi panas dengan teori-teori yang dipelajari yang hanya menanti masa untuk diaplikasikan dan mungkin dengan pelbagai pendekatan baru yang lebih kreatif dan inovatif dalam mengendalikan sesuatu perkara sesuai dengan peredaran masa dan zaman yang menuntut lebih cabaran dan kesungguhan .
Pelantikan anggota perkhidmatan awam masa ini yang lebih kepada mereka yang bersemangat muda dan baru keluar universiti perlu diteruskan dan perlu diberikan pendedahan lebih awal untuk membiasakan mereka dengan persekitaran dan ruang lingkup kerja yang baru.
Walaupun ada pihak yang berkata majoriti anggota yang memasuki perkhidmatan awam adalah dalam umur 23 hingga 25 tahun yang masih ‘hijau’ pengalaman tetapi jika tidak diberikan ruang dan peluang pada peringkat awal ini sampai bila ‘hijau pengalaman’ itu hendak berubah menjadi warna-warna yang lain. Sudah tentu anggota kerajaan yang sudah lama berkhidmat ini pada peringkat permulaan mereka bekerja turut berada dalam keadaan yang sama tetapi dengan ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka yang mengjadikan mereka berpengalaman seperti sekarang.
Sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih drastik untuk memberikan pendekatan kepada graduan-graduan muda ini pendedahan ketika mereka masih lagi belajar dengan penempatan disektor kerajaan ketika mereka melakukan ‘latihan praktikal atau ‘Intership program’ yang dilaksanakan oleh IPT di Negara kita untuk memberikan pengalaman bekerja. jika sudah mengikuti latihan praktikal atau latihan industri ini sudah tentu graduan-graduan muda ini mempuyai pengalaman dalam bidang yang diceburi dan tidak perlu lagi mengambil masa yang agak lama untuk tempoh penyesuaian.
Malah kita juga tidak boleh sewenang-wenangnya menjadikan negara-negara lain sebagai titik rujukan kita dalam menganalisis relevan atau tidak tempoh perkhidmatan kakitangan awam untuk dinaikkan ke 60 tahun atau lebih. Contohnya Singapura walaupun mempunyai faktor demografi hampir sama dengan Malaysia meletakkan umur persaraan pada 62 tahun tetapi harus diingat bahawa di negara mereka, lebih ramai populasi masyarakat yang berumur dengan populasi remaja dan belia yang agak kurang jika hendak dibandingkan dengan situasi di Malaysia
Oleh sebab yang demikian maka Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan kakitangan awam adalah satu cadangan yang kurang menarik dalam keadaan sekarang dan perlu dilakukan kajian yang mendalam dengan mengambil kira suara dan pandangan semua pihak agar lambakan graduan-graduan berpotensi bersemangat waja ini tidak dibazirkan untuk kompetitif negara ke arah mencapai Wawasan 2020 yang memerlukan semangat ‘orang muda’ yang matang dari segi pemikiran dan tindakan untuk kejayaan bersama.
EL-AMerN MDS.