khas untuk gadis..

April 14th, 2007 by aminsultan

Wahai gadis telah berkali-kali di peringatkan bahawa teman lelaki atau kekasih anda tidak punya apa-apa hak ke atas dirimu. Sayangnya tidak ramai yang mengerti atau berpura-pura tidak mengerti. Padahal perkara ini senang di fahami. Sememangnya seronok berdua-duaan di buai nafsu. Tanyalah pada semua pengantin alangkah indahnya kalau fajar tidak menyinsing pada malam pengantin… Sesuatu yang tidak mungkin.

Kekasihmu masih belum lagi menjadi suami yang sah. Simpanlah dirimu buat suamimu yang sah di masa depan. Jangan tertipu dengan janji manis dari lidah yang tak bertulang yang bijak mengatur kata-kata indah. Pun begitu ramai yang tertipu atau merelakan diri di tipu lagi dan lagi.

Mungkin kerana ingin menguji diri sendiri atau merasa diri tidak mudah ditipu ?lantas pengalaman orang lain tidak di jadikan iktibar. Walhal kita membaca akhbar, majalah, mendengar radio atau menonton filem berulang-ulang menceritakan perangai insan. Pelik sungguh perangai insan sering merelakan diri ke jurang kehinaan walaupun berpendidikan tinggi semata tewas melawan nafsu sendiri.

Hujungnya, kebiasaannya kita melihat kekasih akan menghilangkan diri setelah mendapat apa yang terlalu berharga darimu. Sedihya tidak ramai yang menghargai harga dirimu sendiri. Tinggallah heroin seorang diri merintih sayu ditinggalkan hero. Mungkin diri di serahkan pula kepada kekasih lain yang bakal hinggap. Usia bertambah, pohon semakin luntur…

Gist of the story: Tidak hina menjaga dirimu selaras kehendak agama kerana itulah prasyarat kemuliaan, ketenangan dan kebahagiaan hakiki. Ramai kita terlupa. Mana mungkin ruhani dapat dipuaskan dengan perkara-perkara zahir.

KE ARAH DUNIA AMAN & SEJAHTERA

EM-Pay pelaburan cara Islam?

March 23rd, 2007 by aminsultan

Tidak saya nafikan skim ini nampak kelihatan begitu indah bagi umat Islam yang memerlukan wang tambahan. Sememangnya saya cuba melihat dari pelbagai sudut bagi mencari jika terdapat hujah yang membolehkan, tetapi tiada, kecuali semakin membaca, semakin banyak cacatnya dari sudut Shariah. Justeru, di ketika wujudnya pelaburan Islam dan amat besarnya dosa Riba. Tiada sebarang jalan untuk membenarkan pelaburan Riba dan tidak sah ini.

Oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net

Assalamualaikum Ustaz Zaharudin, sepanjang minggu ini, saya sering kali terdengar dan sering kali juga disyorkan oleh sahabat-sahabat saya mengenai pelaburan EM-PAY ini.  Seperti keterangan Ustaz mengenai "Pelaburan FOREX & Swiss Cash Mutual Fund: Pandangan Shariah ".

Saya juga ingin mendapatkn penjelasan Ustaz mengenai "Pelaburan EMPAY" ini adakah sah mengikut Hukum Syariah Islam? Harap makluman daripada Ustaz dan diakhiri dgn ucapan terima kasih
Dari, Hana

JAWAPAN: Saya anggarkan sekitar 80 kali pertanyaan diajukan kepada saya dalam bentuk email, sms termasuk melalui website saya, bertanyakan berkenaan hukum pelaburan Empay ini. Demi membantu individu bertanya yang saya kira baik agamanya (kerana masih memikirkan tentang halal haram dalam pendapatannya berbanding sesetengah yang lain yang langsung tidak memperdulikan sumbernya), maka secara keseluruhannya saya telah memperuntukkan masa sekitar 4 jam untuk membuat kajian dan tulisan ini.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan bahawa saya kerap mendengar terdapat individu yang cuba mengharuskan apa saja yang berkait dengan Riba dengan menggunakan berhujjah menggunakan hadith :- ليأتينّ على الناس زمان لا يبقى أحدٌ إلا أكل الربا فإن لم يأكله أصابه من بخاره Ertinya: Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya" (Riwayat Abu Daud)

Bagaimanapun, hujjah ini tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana perawinya bernama Al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi SAW ini dari Abu Hurairah) - Rujuk Sunan Abu Daud dengan tahqiq Albani, hlm 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar.

Apa itu Empay?

EM-Pay adalah satu gabungan program loyalti EM-PAY dan IPC SHOPPING dimana anda diberi pelbagai ganjaran dalam bentuk diskaun dan juga over-riding komisyen dari penajaan serta perbelanjaan ahli-ahli di bawah rangkaian anda.

Berikut beberapa isu yang sempat saya keluarkan, banyak lagi jika ingin diperincikan, tetapi cukuplah saya ulas beberapa sahaja. Dengan wujud beberapa isu inipun sudah boleh memberikan gamabar penuh tentang hukum penyertaannya.

ISU PERTAMA: MEMBELI KAD DISKAUN

Disebutkan di dalam web empay bahawa setiap peserta akan diberikan satu kad diskaun. Ia adalah dikira seperti produk. Ia disebut seperti berikut:  Melalui program EM-PAY, anda akan diberi satu KAD PREVILAGE di mana anda layak mendapat:

DISKAUN Anda akan diberikan diskaun sekiranya anda membuat pembelian dimana-mana merchant yang berdaftar dengan IPC SHOPPING. Jumlah peratusan diskaun bergantung pada perjanjian diantara Merchant dengan IPC SHOPPING. Maklumat terperinci akan dihebahkan dalam laman web EM-PAY yang bermula pada hari pelancaran yang akan dibuat dalam jangkamasa yang terdekat.

REDEMPTION POINT Anda juga layak menerima bonus over-riding dari pembelian barangan ahli-ahli dibawah rangkaian anda sebanyak 0.1% sehingga 10 level bermula dari ahli-ahli tajaan terus (Direct sponsor) anda.

Pandangan Shariah Tentang Kad Diskaun: Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1) memfatwakan bahawa: Semua jenis kad yang menawarkan keistimewaan diskaun harga apabila digunakan di tempat-tempat dan perkhidmatan tertentu.

Hukum: Jika kad tersebut mensyaratkan pembayaran yuran tahunan dan bulanan atau apa jua yuran, maka ia adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang ditegah di dalam Islam. Ini adalah kerana apabila si peserta meletakkan wang yurannya yang tidak dikembalikan, ia masih tidak pasti sama ada berapa banyakkah diskaun yang mampu dimanfaatkannya.

Ini kerana, si pemegang kad ini mungkin pergi ke kedai yang disenaraikan, mungkin juga tidak kerana jarak yang jauh dan sebagainya. Akibatnya, ia boleh menjadi untung atau rugi.

Ini tidak ubah seperti berjudi, mungkin jika ada kesempatan dan nasib baik, mungkin ia akan pergi, jika tak berkesempatan maka mungkin ia akan rugi yuran itu tanpa sebarang penggunaan. saya memahami perkara yang disebut di atas berdasarkan petikan web Empay di bawah:

S: Berapakah bayaran untuk menjadi ahli?

J: Untuk menjadi ahli, anda hanya perlu membayar sebanyak RM138 untuk belian satu lot yang melayakkan anda menerima pulangan RM32,764 walaupun anda tidak membuat penajaan. EM-PAY memperkenalkan 2 jenis keahlian: 1. Keahlian SILVER (Silver Member) RM 138 (bersamaan 1 Lot) 2. Keahlian GOLD (Gold Member) RM 414 (bersamaan 3 Lot)

Komentar saya: Ini bermakna, peserta diperlukan membayar RM138 (bersamaan 1 lot) atau RM414 (untuk 3 lot) untuk memperolehi kad ini, justeru ia turut menjadi haram berdasarkan kepada keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia ini. Ia hanya akan menjadi harus apabila dihadiahkan secara percuma oleh penganjur. Dari banyak-banyak perkara yang perlu disemak dalam skim ini, satu isu telah pun jelas haram. Bagaimana pula dengan yang lain, mari kita lihat.

ISU KEDUA : MUDARABAH YANG PALSU

Berdasarkan info dari web site EMPAY juga, ia menawarkan berikut sistem menjana keuntungan dari kad tersebut secara piramid. Ini boleh dilihat dari :- "EM-Pay mempunyai satu program yang dinamakan AUTO PLACEMENT di mana melalui program ini secara automatik ahli-ahli akan disusun dalam bentuk susunan force matrix gandaan dua sehingga 13 level dari bilangan ahli yang berdaftar dari seluruh dunia. Setiap ahli yang disusun melalui program ini akan diberikan ganjaran sebanyak RM 4.00 dan bila sudah cukup ke tahap 13 level, jumlah keseluruhan ganjaran yang anda terima adalah sebanyak RM32,764.00 sekiranya anda tidak menaja. Ganjaran ini adalah hasil dari pembahagian keuntungan secara mudhrabah.

Pandangan Shariah : Ini adalah satu penipuan keji yang menggunakan nama ‘Mudarabah’. Di lakukan oleh pengurusan syarikat ini yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang hukum hakam Pelaburan Islam.

Tetapi dengan mudah memperdaya umat Islam dengan hanya satu nama "Secara Mudharabah". Amat mendukacitakan terdapat ramai umat Islam yang mempercayainya.

Padahal, Mudarabah mempunyai rukun dan syarat, yang termudah adalah :- tiada sebarang keuntungan boleh dijamin samada dalam bentuk peratusan mahupun ‘absolute amount’ seperti RM 32,764.

Bolehkah pembaca atau peserta memberitahu saya bagaimana bentuk aqad Mudarabah yang dibuat? Siapa pula yang berkelayakan Shariah untuk yang menyemaknya terma-termanya ?

Asas utamanya sekarang, adakah mereka mempunyai Majlis Penasihat Shariah yang berwibawa? Siapa? Mengapa tidak dihighlightkan?

Atau mungkin nama Penasihat Shariahnya adalah "Donald Trump" atau Ah Long sahaja ? yang tidak beragama Islam serta tiada ilmu tentang Shariah. Anda yakin dengan mereka? Maaf, saya tidak sama sekali menyerahkan urusan agama saya kepada non-muslim untuk memandu.  Inilah yang dinamakan "Mudarabah Jenis Palsu". Menyalahgunakan nama

Mudarabah bagi mengabui mata ramai. Disertakan gambar rajah rukun Mudarabah ( Rujuk Shariah Standard, AAOIFI, hlm 231). Sila buka web http://www.aaoifi.com/ untuk mengethaui kredibiliti Majlis Dunia ini. Rukun Mudarabah 1. Rabbul Mal 2. Mudarib 3. Raksul Mal (Modal) 4. Sighah 5. Nisbah Pembahagian Keuntungan Dalam Bentuk Ratio atau Peratusan. 6. Perniagaan & Kerja 7. Ijab & Qabul

ISU KETIGA : RIBA, MONEY GAME & MENIAGA WANG UNTUK MENDAPAT UNTUNG

Disebutkan juga dalam webnya: " Setiap ahli yang disusun melalui program ini akan diberikan ganjaran sebanyak RM 4.00 dan bila sudah cukup ke tahap 13 level" PLAN A (PLAN AKTIF) a) BONUS TAJAAN TERUS Setiap tajaan terus, anda diberikan bonus sebanyak RM 15.00 untuk setiap lot.

Contoh 1 : Jika anda menaja seorang dan daftar sebanyak 1 lot anda diberikan bonus RM 15.00

Contoh 2 : Jika anda menaja seorang dan daftar sebanyak 3 lot atas USER ID yang sama, anda diberikan bonus sebanyak RM 15.00 X 3 = RM 45.00

Pandangan Shariah Inilah yang dinamakan ‘money game’ yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba. Dalam Islam, untung dari perniagaan yang halal sememangnya boleh datang dalam pelbagai bentuk tetapi asasnya hanya dari dua sumber iaitu :-

a) Jual Beli & Sewa Halalnya untung dari jual beli kerana wujudnya aset atau barang yang dijual,yang mana harga modal pembuatan barangan itu sebagai contoh RM 2, maka dijual dengan harga RM 10 . Maka RM 8 itulah untung yang halal. Atau anda membeli sebuah kamera dengan harga RM 800 kemudian anda menyewakannya kepada rakan anda untuk 1 tahun dengan bayaran setiap bulan RM 100. Maka jumlah keseluruhan anda perolehi dalam masa setahun adalah RM 1200. Itulah namanya untung.

Dalam masa yang sama, anda masih memiliki kamera tersebut. Ini adalah untung dari sewaan namanya. Termasuk juga dalam katergori ini adalah pembelian saham yang merupakan sejenis asset atau commodity yang mempunyai nilai SERTA SAH untuk dijual. Si pemegang saham boleh mendapat untung samada apabila ia menjual saham itu dengan harga yang lebih tinggi dari harga yang dibelinya, atau ia simpan untuk jangka panjang, maka ia mendapat sebahagian dari keuntungan yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar saham itu secara tahunan dan sebagainya.

b) Pelaburan Mudarabah dan Musyarakah. Iaitu sebagai contoh anda meletakkan wang sebanyak RM 10,000 kepada pengusaha bas ekpress itu pengurusan syarikat bas mereka, dengan persetujuan bersama bahawa dalam setiap bulan, keuntungan bersih yang diperolehi oleh syarikat akan dibahagikan 20 % untuk anda sebagai pelabur, dan 80% dari untung kepada pengusaha. Maka jumlah sebenar hanya boleh diketahui bila sebulan telah lengkap dan dikira semua pendapatan syarikat untuk bulan itu. Katalah kentungan yang diperolehi sebanyak RM 5000. Maka 20 % dari RM 5000 akan diberikan kepada anda sebagai pelabur, dan bakinya akan diambil oleh syarikat. Itulah namanya Mudarabah menurut Islam.

Bukannya seperti EMPAY , anda letak RM 138, kami beri RM 32, 764 secara pasti!. Mudarabah dan Musyarakah juga mewajibkan kita menyemak perniagaan yang dijalankan samada menepati Shariah atau tidak. Seperti contoh di atas, perniagaannya adalah ‘perusahaan Bas’, maka ia adalah halal.

Adapun EMPAY, apakah perniagaannya? Jawapannya adalah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun."

Perniagaan Kad diskaun telah saya berikan hukumnya di atas, adapun pernigaan kutip wang, kemudian dikumpul dan dibahagi-bahagikan kepada semua peserta. Ia jelas bukanlah perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba. Iaitu contoh "saya beri RM 138 hari ini, awak beri saya RM 32,764 dua minggu dari sekarang"

Inilah perniagaan wang dengan wang. Yang mana dalam Islam, ia memerlukan dua syarat agar tidak berlaku Riba iaitu :

a) Mestilah diserahkan dalam masa yang sama. Jika tidak berlakulah Riba Nasiah. Maka empay , serah duit hari ini, dapat semula bulan depan sebagai contoh, jelaslah ia Riba.

b) Mestilah nilai yang diberi adalah sama. Iaitu Jika beri RM 138, pulang juga mesti RM 138.

Tetapi EMPAY beri RM 138, pulang RM 32000. Ini lah yang dinamakan Riba Al-Fadhl. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada’I As-Sonai’ , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592 )

Kedua-dua syarat ini diambil dari hadith : الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan termasuk wang kertas), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

ISU KEEMPAT : KOMISYEN BERDASAR KEPALA & TERDAPAT SYARAT BAGI PEROLEH KOMSIYEN

Dinyatakan melalui webnya juga bahawa :- "Program EM-Pay meletakkan downline di bawah anda secara automatik, anda tidak perlu cari mencari orang lagi! Program EM-Pay akan bermula dari Malaysia, dan seterusnya kita akan berkembang ke pasaran di China, Hong Kong, Thailand, Indonesia sehingga seluruh dunia."

Pandangan Shariah Anda perlu membaca dengan faham tulisan saya berkenaan MLM, dengan demikian anda mampu memahami adakah sistem ini benar-benar MLM yang halal atau dari jenis ‘main kepala’. Jelasnya, ia adalah amat jelas, ‘bermain dengan kepala’ ( komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat).

Justeru jelas lagi bersuluh ia adalah haram dan termasuk dalam kategori yang disebut oleh Allah sebagai : ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل Ertinya : Dan janganlah kamu memakan harta sesame kamu dengan cara yang bathil (salah)..( Al-Baqarah : 188)

Inilah sistem piramid bentuk cara yang salah dan tidak menepati Islam. Tambahan pula, setiap lot yang dibeli bermakna akan menghasilkan untung yang telah ditetapkan jumlahnya. Inilah namanya ‘Mudarabah Palsu’. Tiada jaminan untung dalam Mudarabah sama sekali walaupun dari pihak ketiga.

Ia tidak ubah seperti ‘Fixed Deposit’ dari satu sudut: Fixed deposit adalah satu jenis pelaburan yang menjamin pulangan atau keuntungan dalam bentuk yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi.

Sebagai contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda pasti akan diberi pulangan samada jumlah tertentu (seperti RM 5,000) atau kadar pulangan yang pasti (12 %) dari jumlah pelaburan anda.

Cuma perbezaannya adalah ia lebih teruk lagi kerana Fixed Depost tidak meletakkan perbezaan perolehan komisyen kepada pencarian ahli.

Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut : أن الخراج بالضمان Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba.

Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram

APA ITU MUDARABAH YANG TULEN DALAM BENTUK PRAKTIKAL?

Mungkin ada di antara pembaca yang keliru pula dengan konsep Mudarabah yang sebenarnya, Sebagai contoh untuk kefahaman, akaun pelaburan Bank-bank Islam adalah dibuat atas asas Mudharabah? Ia bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara khusus.

Nama produk-produk untuk akaun ini seperti " Akaun Pelaburan Umum Mudarabah" atau "Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah" atau " Akaun Semasa Mudarabah". Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.

Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank. Justeru semua "Shariah-Approved companies" ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.

Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana "client-friendly", iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau "transparent" dengan "client".

Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut "asset" mahupun "lialibilities" sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak.

Secara umum penapisan "filter" Shariah berikut biasanya digunakan antaranya :-

i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)

ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai "impure interest income" berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )

Selain itu, pembaca mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh sesetengah akaun Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di gelar "indicative Rates" atau "kadar andaian dan ramalan" dan bukannya kadar yang tepat dan mesti diberikan oleh bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.

Berbeza dengan kadar Empay yang diberikan secara tetap dengan syarat cukup 2 kaki downline.

Cara kiraan Mudarabah yang telah dipermudahkan adalah seperti berikut :- Untung Sebenar = Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR) = Keuntungan setahun 100 Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru "indicative" atau anggaran untuk bulan hadapannya seperti berikut :- 3 X 70 (pelanggan) = 2.10 100 Maka, jumlah 2.10 % inilah yang akan di paparkan oleh Bank-bank Islam bagi menunjukkan jangkaan prestasi keuntungan akan datang Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank memberikan pulangan dengan kadar di atas.

Jika anda memahami apa yang saya jelaskan di atas, maka anda akan memahami beza yang amat ketara dengan EMPAY yang bukan dibuat di atas konsep Mudabarah.

Ada yang bertanya pula : Adakah boleh disamakan pembelian lot Empay seperti membeli blok saham yang membolehkan kita mendapat keuntungan ?

Ini juga tidak benar, kerana jika seseorang membeli blok atau lot saham, tiada sebarang jaminan modalnya terselamat dari kerugian, apatah lagi jaminan keuntungan. Inilah bentuk pembelian dan pelaburan yang diterima Islam.

Inilah yang mungkin termasuk dalam hadith : يأتي على الناس زمان يستحلون الربا باسم البيع Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia menghalalkan riba dengan menamakannya jual beli (dan pelaburan)" ( Riwayat Al-Khattabi, 1/42 : Albani : Dhoif )

ISU KELIMA : DUA KONTRAK DALAM SATU YANG DILARANG

Web EMPAY juga menyebut :- Secara realitinya anda tidaklah perlu menunggu sehingga 13 level untuk mendapat ganjaran tersebut, tetapi anda akan dibayar ganjaran ini pada setiap 2 minggu bergantung kepada bilangan ahli yang telah disusun pada minggu tersebut.

Dalam program ini, walau pun anda seorang ahli yang pasif, anda juga layak menerimanya dengan syarat yang paling minima.

Senario 1 Jika anda daftar 1 lot, anda berjaya menaja 2 orang, anda layak menerima 100% dari jumlah RM 65.528.00.

Senario 2 Jika anda daftar 1 lot, anda berjaya menaja 1 orang, anda layak menerima 75% dari jumlah RM 65,528.00 iaitu RM 49146.00 Senario 3 Jika anda daftar 1 lot , anda gagal menaja walaupun seorang dalam program ini, anda layak menerima 50% dari jumlah RM65,528.00 atau RM 32764.00

PANDANGAN SHARIAH

Dari gambaran ini, amat jelas bahawa ia adalah perniagaan duit dan ‘kepala’ iaitu tajaan kepala dan setiap bagi mendapatkan satu ‘kepala’ atau ‘lot’ adalah perlulah memabayar sejumlah wang.

Sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi. Senario 1, 3 dan 3 ini amat jelas mengaitkan jumlah % komisyen kepada syarat peserta mencari ahli. Inilah yang telah saya sebutkan dalam artikel MLM dahulu sebagai dua kontrak dalam satu yang ditegah oleh Nabi SAW kerana terdapat unsur penindasan dan ketidakadilan, selain ia juga mempunyai serba sediit elemen perjudian.

SILA BUKA http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72

Tapi dalam hal ini, ia lebih teruk lagi kerana tiada sebarang produk yang dijual. Semuanya bergantung kepada jumlah ahli bawahannya.

ISU KEENAM : PARA USTAZ DAN EM-PAY

Terdapat beberapa email yang dihantar kepada saya menyebut bahawa skim ini dianggap halal oleh beberapa orang ustaz yang telah menyertainya dengan alasan ia adalah ‘Maslahat’ dan diperlukan oleh membina kekuatan ekonomi umat Islam agar tidak ditindas apabila berada dalam keadaan miskin.

Hakikatnya, saya amat kesal dengan hujjah longgar tanpa bersendikan ilmu yang amanah dari individu yang bernama ‘ustaz’ ini. Mempergunakan hujjah maslahat dengan sewenang-wenangnya. Jika benarlah ‘langgar sahaja yang haram asal boleh membuat keuntungan & menguatkan ekonomi’ maka saya bimbang selepas ini, mereka ini menghalalkan rompakan bank dan rasuah pula kerana boleh menguatkan ekonomi individu.

Jika demikian halnya, apakah ertinya Allah SWT meletakkan segala macam jenis undang-undang untuk mentertib dan menjaga kebaikan ummah. Dimana pula relevan hadith Nabi yang menyebut : الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر Ertinya : Dunia ini ibarat penjara (kerana terdapat hukum yang menjaga) bagi orang Mukmin, dan syurga bagi si Kafir. ( Riwayat Muslim, no 2956 ; Majma az-Zawaid, no 7974 )

Islam melarang kita melakukan perkara haram untuk mencapai sesuatu yang baik. Kecuali di dalam keadaan amat amat terpaksa serta tiada pilihan lain. النية الحسنة لا تبرر الحرام Ertinya : Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram.

Islam juga MENOLAK sama sekali konsep (Rujuk al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 36): الغاية تبرر الوسيلة Ertinya : Matalamat Menghalalkan Cara الوصول إلى الحق بالخوض في الكثير من الباطل Ertinya : Sampai kepada kebenaran melalui kertilbatan dengan pelabagi perkara bathil

Sebenarnya saya amat tidak berminat untuk mengulas pandangan kosong para ustaz seperti ini, cukuplah hujjah saya di atas dijadikan panduan.

Bagi mereka yang sedar akan hadith: كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به Ertinya : "Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih kayak untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226)

Diharap dapat berfikir sendiri, tidak saya nafikan skim ini nampak kelihatan begitu indah bagi umat Islam yang memerlukan wang tambahan. Sememangnya saya cuba melihat dari pelbagai sudut bagi mencari jika terdapat hujah yang membolehkan, tetapi tiada, kecuali semakin membaca, semakin banyak cacatnya dari sudut Shariah.

Justeru, di ketika wujudnya pelaburan Islam dan amat besarnya dosa Riba,

Tiada sebarang jalan untuk membenarkan pelaburan Riba dan tidak sah ini.

Sesal di dunia pendapatan, sesal di Barzakh tiada berguna. Allah maha adil dan mengetahui akan apa yang kita perolehi. Akhirnya, hayatilah sabda Nabi SAW : لا تزول قدما ابن آدم يوم القيامة من عند ربه حتى يسأل عن خمس ؛ عن عمره فيم أفناه , وعن شبابه فيم أبلاه , وماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه , وماذا عمل فيما علم " « Tidak akan lepas dua kaki anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT, kecuali setelah di tanya lima perkara : Tentang umurnya dimana ia habiskannya, tentang kepemuda dan kepemudiannya dimana digunakan, dan TENTANG HARTANYA DARI MANA DATANGNYA DAN KEMANA DIBELANJAKANNYA, dan apakah yang dilakukan dengan ilmunya » ( Riwayat At-Tirmidzi, no 2416 ; Albani : Sohih )

AKhirnya, TIDAK PERLULAH ANDA BERASA MARAH DENGAN TULISAN INI, IA HANYALAH BOLEH MEMBANTU BAGI MEREKA YANG MEYAKINI ADANYA ALAM BARZAKH. Adapun sesiapa yang masih yakin. Terpulang kepada anda untuk berhujjah di akhirat kelak. Dan sekiranya anda tidak mampu memahami kandungan jawapan saya di atas, ini bermakna ; anda belum bersedia untuk melabur di sesuatu pelaburan yang tiada Majlis Penasihat Shariah. Jika anda terfikir dan mencari alternatif pelaburan Islam yang sah. Sila buka http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=72

Jika anda terfikir bagaimana ingin menguruskan wang haram yang telah diterima, Sila buka link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=196&Itemid=72

Setan pun takut beb..

January 28th, 2007 by aminsultan

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang pantas menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam……

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidakbisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskanpersahabatan kita !" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat- Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada- Nya.

Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

8 Kebohongan Seorang Ibu Dalam Kehidupannya

January 28th, 2007 by aminsultan
Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini justru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia.
KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA :
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku lahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tidak lapar"
KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA :
Ketika aku mulai dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan,ddia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan anak2nya. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, dia berkata : "Makanlah nak, ibu tidak suka makan ikan"

KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA :

Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak , ibu tidak penat"

KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT :

Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, ibu tidak haus!"

KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA :

Setelah kepergian ayah kerana sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kami yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : "ibu tidak butuh cinta"

KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM :

Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Ibu ada duit"
KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH :
Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperolehi gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Ibu tak biasa tinggal negara orang"

KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN :

Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Ibu tidak kesakitan"

Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibu tercintaku menutup matanya untuk yang terakhir kali. Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!"

Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah.

Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita?

Namun, apakah kita semua pernah risaukan khabar dari orangtua kita? Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi…

Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari…

harapan setiap lelaki…(komen plz)

January 9th, 2007 by aminsultan

Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah… Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ….. ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah …… umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ….. sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam……

kebangkitan vs kemajuan

December 18th, 2006 by aminsultan

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan je la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘bukti’ lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Beruang yang beriman

December 14th, 2005 by aminsultan


"Alkisah… .. Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat.

Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburuberuang. Sedang dia terhendap2
didalam semak,tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke
dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk
ok.

Ada lagi ..

Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia
dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah ..

makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang
beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan
lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut
pun berdoa,

"Allahumma baarik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! "


Moralnya:Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan…

Antara Kapur, Pemadam & Al qur’an (mesti baca!!)

December 14th, 2005 by aminsultan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada
satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",
jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun
mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiritangannya,semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam,maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namunlambat laun mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat,permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam.

Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai
dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex
sebelum nikah menjadi suatu hibur! an dan trend, materialistik kini menjadi
suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari,
anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada
murid-muridnya. Paham cikgu…"

"Baik permainan kedua…" begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada
Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar
karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada
ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir .

Adayang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar,digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan
musuh-musuhnya…

Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang iasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi m! ereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar." "

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai
dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan
dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan…" "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia
tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
meletihkan anda Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan
inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… "Kenapa mereka tidak berani
terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar,dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan,
mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…" Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya…

Ajaibkah iman kita?

August 3rd, 2005 by aminsultan

Suatu hari Rasulullah s.a.w bersama para sahabat baginda, lalu baginda bertanya kepada sahabatnya"Wahai sahabatku, siapakah makhluk Allah yang imannya paling menakjubkan (man a’jabul khalqi imanan)?"

Demikian pertanyaan Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya di suatu pagi.

Para sahabat langsung menjawab, "Malaikat!"

Rasulullah s.a.w menjawab, "Bagaimana para malaikat tidak beriman sedangkan mereka adalah pelaksana perintah Allah?"
Sahabat menjawab lagi, "Kalau begitu, para Nabilah yang imannya paling menakjubkan!"

"Bagaimana para Nabi tidak beriman, padahal wahyu turun kepada mereka," sahut Baginda.

Untuk ketiga kalinya, sahabat cuba memberikan jawaban, "Kalau begitu,sahabat-sahabatmu ya Rasulullah."

Rasulullah s.a.w pun menolak jawapan itu dengan berkata, "Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan."

Rasul yang mulia meneruskan kalimahnya, "Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang datang sesudah kamu. Mereka beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihatku. Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku. Mereka menemukan tulisan dan beriman kepadaku.

Mereka mengamalkan apa yang ada di dalam tulisan itu. Mereka membela aku seperti kalian membela aku. Alangkah inginnya aku berjumpa dengan ikhwanku itu!"

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam menghiburkan kita, "Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku." - Nabi mengucapkan kalimah ini satu kali.

"Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku." - Nabi mengucapkan kalimah terakhir ini sebanyak tujuh kali.

Alangkah beruntungnya kita jika beriman dan beramal dgn risalah yg dibawa oleh junjungan mulia Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam.

X-C-Den

June 22nd, 2005 by aminsultan

Pasangan mahu ambil cucu maut, Abang jenguk setiap hari beri semangat; adalah antara tajuk utama dan yang menjadi perhatian aku ketika menatap Surat Khabar semalam. Bagaimanalah nasib ahli keluarga yang kini bergelar yatim piatu? Betapa sedihnya hati melihat pertanyaan anak-anak kecil yang yang belum mengerti apa-apa tentang kehidupan kehilangan tempat bergantung dan kasih sayang ibu dan bapa ketika masih kecil. Malah, kematian pelajar tahun satu digilis lori pada hari guru dihadapan ibunya sendiri masih segar dalam fikiran kita. Beginilah kita kehilangan tonggak negara yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan mendatang, ini adalah harga paling tinggi yang terpaksa kerajaan bayar selain kerugian wang ringgit dan kemudahan awam yang lain. Memang benar maut dan ajal di tangan Allah, tetapi kita masih mampu untuk mencuba dengan usaha, doa dan tawakkal. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini perlu dipraktikkan dengan segera bagi meminimumkan kemalangan maut di negara kita yang memang merupakan antara negara yang mempunyai kadar kemalangan yang paling tinggi di dunia. Segalanya perlu bermula dari rumah lagi, ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting ketika mendidik anak-anak terutamanya dalam aspek kerohanian, Apabila aspek kerohanian sudah dititikberatkan dan kena pada tempatnya, secara otomatiknya motivasi diri akan tinggi yang akan menguntumkan fikrah untuk menjaga hak pada diri-sendiri dan juga hak orang lain. Ini adalah cara terbaik kerana masing-masing mengetahui cara dan kaedah dalam mendidik ahli keluarga mereka. Selain itu, Kepimpinan Mahasiswa terutamanya badan yang mewakili suara mahasiswa iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama pihak Universiti , perlu untuk merangka beberapa pendekatan dan program mengikut status mereka sebagai mahasiswa dalam menangani atau dalam meminimumkan kemalangan terutamanya kemalangan maut yang berlaku. Malah di kawasan kampus juga merupakan tempat di mana kemalangan sentiasa berlaku, malah kita juga pernah dimaklumkan dengan beberapa kematian yang membabitkan mahasiswa yang baru masuk tahun pertama mahupun yang hanya tinggal satu semester untuk bergelar graduan. Program yang bercorak selain daripada ceramah perlu banyak dipraktikkan untuk menarik golongan mahasiswa turut serta dalam membantu menangani masalah ini. Pihak media turut memainkan peranan penting dalam membantu menyedarkan rakyat Negara ini melalui output yang mereka salurkan, tidak kira media cetak mahupun media elektronik kerana semuanya sudah menjadi bahan perlu pada masa kini. Iklan-iklan yang lebih menyentuh perasaan dan seterusnya mampu menginsafkan perlu ditayangkan secara terus-menerus dan bukannya hanya ketika Negara digemparkan dengan kemalangan-kemalangan yang mendapat liputan meluas. Penulisan tentang kepentingan keluarga,orang tersayang dan hala tuju negara juga diharap mampu untuk mengurangkan masalah yang telah meruncing ini. Seterusnya, yang lebih berhak dalam mengawal pimpinannya adalah kerajaan yang memerintah. Kerajaan juga telah banyak melakukan yang terdaya dari segi kempen, ceramah dan banyak lagi. Tetapi ternyata masih belum mampu untuk menyedarkan rakyatnya. Antara perkara yang dapat dicuba ialah melakukan pembaharuan dalam sistem yang digunapakai di Sekolah Memandu dalam memberikan lesen kepada peserta yang baru dalam dunia pemanduan. Di sini banyak perkara yang boleh dipraktikkan, terutamanya dari segi ceramah dan bengkel yang disampaikan perlu ditambah lagi beberapa perkara untuk menyedarkan peserta terutamanya golongan muda yang ghairah dalam memandu dan penekanan bukan hanya setakat untuk memandu secara berhemat ketika hendak mendapatkan lesen sahaja tetapi berterusan untuk selamanya. Malah, waktu yang agak terbatas untuk bengkel juga mungkin boleh menjadi faktor kepada ketidakberkesanannya. Segalanya dipadatkan dala beberapa jam hanya dalam sehari. Pihak Kerajaan dan NGO perlu berganding bahu dalam melaksanakan pembaharuan yang mana dikira perlu dan semua pihak yang lain perlu turun padang untuk membantu. Semoga segala pembaharuan kita ini akan membuahkan hasil yang manis kelak .